Tuesday, October 25, 2011

Pertama

1:46 am
Aku mungkin bukan orang yang paling sesuai untuk mencatat perjalanan hidup bergelar isteri dan ibu bekerjaya kerana aku menyandang gelaran itu baru genap 3bulan hari ini...pun begitu, ia cukup untuk mengubah corak kehidupan aku yang dulu dari segala genap dan sudut..
Pada ketika ini, aku perlu bangun menyusukan bayi lelaki kesayanganku sedang suatu ketika dulu aku nyenyak diulit mimpi, dibelai dingin pagi yang cukup mengasyikkan..itu sudah cukup untuk menyatakan bahawa ia benar mengubah corak hidupku, daripada tidurku 8jam sehari kepada pola tidur yang tidak lagi menentu,purata tidurku kini mungkin 4jam sahaja sehari...
Blog ini tiada tujuan lain, melainkan perkongsian alam ibuku yang penuh dengan cabaran,harapan,tawakkal dan pasrah...semoga ia dapat memberi pedoman dan teladan kepada yang sudi menatap..
Free Blog Themes and Blog Templates