Thursday, February 9, 2012

Darjat seorang ibu di sisi Allah


MENGAPA SEORANG IBU ISTIMEWA


Renungilah dan fikirkanlah…


Ummi... benarlah bahawa kasih seorang ibu adalah kasih sejati...jika tidak kenapa kah sehingga hari ini pun  aku masih menitiskan air mata saat merindui kasih sayang mu...semoga aku mampu menjadi ibu hebat seperti mu..semoga Allah tempatkan ummi di syurganya kelak....Terima Kasih kerana terlalu banyak menumpahkan selautan kasih, segunungan sayang ketika 28 tahun yg lalu...sehingga kini walaupun aku sudah bergelar ibu masih kucuri curi waktu dan ruang buat menghirup walau secebis kasihmu..........subhanallah...


Ya! sudah tentu dia/ibu begitu istimewa…
Dialah yang mengandungkan anak selama sembilan bulan. Melalui pelbagai kesakitan dan penderitaan serta dalam keadaan lemah.
Ditambah lagi dengan perasaan cemas dan sakit ketika melahirkan anak yang memang sukar digambarkan.
Setimpal dengan penanggungan tersebut, Allah SWT menjanjikan ganjaran mati syahid kepada ibu yang meninggal dunia semasa melahirkan anak.
Rasulullah SAW juga turut menganjurkan kepada umatnya supaya memberi keutamaan berbakti terhadap ibu.
Darjat berbakti kepada ibu begitu istimewa, tiga darjat melebihi bapa.
Secara tidak langsung, di sini kelihatan setiap diri wanita tidak rugi dengan berada satu darjat di bawah mentaati suami.
Islam mengangkat kedudukan wanita/ibu dua darjat lebih tinggi, jika dia menjadi ibu sejati!
Peranan wanita sebagai isteri dan ibu, meletakkannya setaraf dengan peranan pejuang fisabilillah!
KEISTIMEWAAN IBU MEMANG TERBUKTI DAN NYATA…
Renungilah selalu hakikat ini, kerana setiap diri kita sememangnya punya ibu.
Ibnu Katsir di dalam tafsirnya telah meriwayatkan daripada Sulaiman bin Buraidah daripada ayahnya:
“Seorang lelaki didapati sewaktu tawafnya sedang mendokong ibunya. Lelaki itu bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Adakah ini bererti aku telah membalas jasa ibuku?’ Jawab baginda: Tidak! Walau untuk satu kali penderitaan.”
Begitulah besarnya nilai penanggungan dan penderitaan seorang ibu tiada taranya dibalasi dengan apa jua keupayaan kita…., melainkan didatangkan ganjaran oleh Allah SWT.
Free Blog Themes and Blog Templates